Tuesday 15 March 2016

INFO PELABURAN UNIT TRUST YANG ANDA PATUT TAHU :)

Tahukah anda mengenai pelaburan ‘Unit Trust’ atau kata lainnya iaitu Unit Amanah? Tahukah anda tentang kelebihan unit trust ini yang berpotensi memberi keuntungan berlipat ganda kepada para pelaburnya? Namun, masih ramai di antara kita yang dilihat masih tidak yakin dengan potensi pelaburan unit trust itu sendiri. Mengapa perkara tersebut boleh terjadi? Kadangkala, perkara tersebut terjadi bukan kerana kita tiada wang untuk melabur, tetapi sebaliknya disebabkan oleh ketidakfahaman kita tentang maksud sebenar unit trust yang seterusnya membina kesangsian terhadap potensi unit trust itu sendiri.
Unit trust yang juga dikenali sebagai Mutual Fund di negara lain seperti Amerika Syarikat secara amnya merupakan suatu pelaburan berkelompok. Pelaburan ini membenarkan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka untuk dilaburkan ke dalam sesebuah portfolio sekuriti yang diuruskan oleh pengurus dana profesional.
Ini bermakna pemegang unit pelaburan unit trust sebenarnya tidak membeli saham terus kepada portfolio atau di kaunter saham. Sebaliknya, pemilikan saham akan dibahagikan kepada unit. Jika nilai saham naik atau turun, nilai setiap unit yang dilaburkan juga akan naik atau turun. Setiap pelabur yang berdaftar akan menerima sijil penamaan yang dikenali sebagai Sijil Unit Amanah. Bilangan unit yang dipegang oleh setiap pelabur pula bergantung kepada harga belian unit pada masa pelaburan dibuat dan jumlah wang yang dilaburkan oleh pelabur.
Bagaimana pelaburan unit trust ini berfungsi?
Di dalam pelaburan unit trust, wang yang anda laburkan akan dikumpulkan bersama pelabur-pelabur lain sehingga menjadi jumlah yang besar dan akan dilaburkan ke dalam pelbagai saham ‘equity’ dan ‘bond’. Kepelbagaian pelaburan ini dapat mengurangkan risiko kerana kita tidak terhad untuk bergantung kepada satu saham semata-mata. Jika anda memilih untuk melabur di dalam unit amanah yang berlandaskan Islam/Syariah, wang yang anda laburkan hanya akan digunakan ke dalam saham-saham yang mematuhi syariah Islam sahaja. Hal ini sebenarnya secara tidak langsung telah membantu pertumbuhan sistem kewangan Islam.
Pelaburan dan aktiviti jual beli saham anda pula akan diuruskan oleh pengurus dana profesional yang berpengalaman. Oleh itu, anda tidak perlu risau untuk memantau turun naik harga saham di pasaran setiap hari. Hal ini disebabkan pengurus dana yang dilantik ini akan sentasa berusaha untuk memaksimumkan keuntungan daripada pelaburan anda.
Isu-isu berkaitan unit trust?
1. Ramai yang mungkin tertanya-tanya sama ada pelaburan di dalam unit trust ini adalah halal atau tidak. Jadi adalah menjadi tanggungjawab kepada pelabur untuk membuat kajian tentang unit trust yang bakal disertai kerana di Malaysia terdapat banyak unit trust berdaftar yang berlandaskan syariah. Islamic Unit Trust yang telah tersenarai di Suruhanjaya Sekuriti adalah yang telah diluluskan dan halal untuk dibuat pelaburan.
2. Selain itu, unit trust ini adalah satu perniagaan yang telah diluluskan oleh kerajaan. Pelaburan unit trust bukanlah seperti perniagaan haram yang terdapat di Malaysia (skim cepat kaya). Portfolio akan dibahagikan kepada unit dan pelabur-pelabur dikenali sebagai ‘unit holders’. Untuk menjaga kepentingan kepentingan para pelabur, seorang pemegang amanah (trustee) akan dilantik. ‘Trustee’ merupakan pemilik sah ke atas semua asset dalam Unit Trust Scheme bagi pihak pemegang unit.
Apa kelebihan melabur dalam unit trust?
1. Kepelbagaian atau Diversification
Unit Trust memberi peluang pelaburan untuk pelabur-pelabur kecil membuat pelaburan dengan mudah. Dengan modal yang sedikit, pelabur berpeluang menyertai lebih banyak sector/asset. Kepelbagaian atau diversification ini mampu meminimumkan risiko para pelabur kerana tidak melabur dalam satu portfolio sahaja. Jika pelabur mengalami kerugian di satu portfolio, kerugian tersebut boleh diimbangi dengan keuntungan yang diperolehi daripada portfolio yang lain.
2. Pengurusan dana profesional
Pelaburan dana dalam unit trust akan diuruskan oleh pengurus dana profesional dan terlatih. Jadi, anda tidak perlu risau lagi kerana mereka ini bukan sahaja berkemahiran, malah berpengalaman dalam menguruskan pelaburan. Mereka akan memastikan wang yang kita laburkan akan dilaburkan dalam syarikat-syarikat yang mampu menghasilkan keuntungan lumayan berdasarkan kaji selidik yang telah mereka jalankan.
3. Liquidity (Kecairan) yang tinggi
Perkara yang paling penting bagi seorang pelabur untuk melakukan satu pelaburan adalah tahap kecairan asset yang dilabur itu. Semakin tinggi tahap kecairan aset, semakin tinggi nilai asset tersebut. Unit trust membolehkan pelabur menebus atau menjual semula unit-unit yang dipegang pada bila-bila masa dan bayaran akan diperolehi dalam jangka masa yang singkat.

Wednesday 9 September 2015

Dewan Negara: Pesara perlu simpanan minimum RM120,000

Ini berita lama tapi memang perkara yang patut di ambil serius.


Pencarum KWSP kena bijak melabur untuk hidup lebih selesa.

KUALA LUMPUR: Purata simpanan rakyat Malaysia pada umur 54 tahun yang menjadi pencarum aktif dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun kewangan 2007 ialah RM121,163. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, berkata sekiranya seseorang pekerja membayar caruman secara berterusan dari mulai bekerja sehingga bersara iaitu bagi tempoh 30 tahun, simpanan KWSP yang ada pada umur 55 tahun akan berjumlah sekurang-kurangnya RM120,000.

"Jumlah simpanan itu dijangka boleh memberikan pendapatan sebanyak RM500 sebulan dalam tempoh 20 tahun selepas berumur 55 tahun. "Untuk menikmati kehidupan lebih selesa, pencarum mestilah mempunyai caruman lebih daripada RM120,000," katanya menjawab soalan Senator Datuk Ikhwan Salim Sujak yang ingin tahu anggaran kasar simpanan kebanyakan rakyat Malaysia dalam KWSP apabila bersara. Bagaimanapun, Husni menjelaskan simpanan dimiliki seseorang itu dalam KWSP ketika bersara tidak bergantung semata-mata kepada kadar caruman tetapi juga jumlah pendapatan, tempoh bekerja dan mencarum serta kadar dividen diterima.

Menjawab soalan tambahan Ikhwan Salim, Ahmad Husni berkata, sekiranya pencarum bijak membuat pelaburan, jumlah RM120,000 itu mencukupi sepanjang bersara. "Ketika ahli masih lagi mencarum, mereka boleh menggunakan wang menerusi akaun kedua sebanyak 20 peratus daripada caruman untuk membeli rumah, malah jika rumah pertama selesai dibayar dan dijual mereka juga dibenar membeli rumah kedua. "Jadi saya maklum sekiranya mereka mempunyai rumah dan juga pelaburan yang mencukupi, maknanya dengan RM120,000 mereka boleh hidup," katanya. Menjawab soalan tambahan Senator Tan Sri Jins Shamsuddin yang ingin tahu sama ada kementerian bercadang meminda perlembagaan KWSP bagi mewajibkan setiap pekerja sambilan atau kontrak turut mencarum, Ahmad Husni berkata, perkara itu akan dikaji.


ADAKAH KITA BERSEDIA? CUKUPKAH SIMPANAN KITA? FIKIR-FIKIRKAN LAH :)

Baru Bermula

Hi, ni kali blog baru lagi sia tulis. Bila sebut saja Steve Mariyoh, ada yang kenal ada yang tidak. Bah biasalah kan :)

Sia cuma mau share masa first-first sia join kerjaya Agen Insurans secara part time. Time tu tidak ramai orang Dusun yang join industri ini. Asal ada kursus, boleh di kira berapa saja Agen berbangsa Dusun masa tu. Bangga juga la :)

Apa yang buat sia join, rata-rata kawan-kawan sia yang join semua dapat Income yang betul-betul melambung tinggi. Sekali sia join, odoi dogo sia bilang. Macam mana juga ni, sudahlah TIADA GAJI TETAP. Aik.....diorang buat juga. Berbanding dengan karier lain, jual Insurans ini kira adil. Siapa yang rajin, banyak lah dan siapa yang malas tiada lah. Tapi yang betul-betul menaikkan semangat sia, masa kawan sia share satu ayat yang akan sia ingat sampai bila-bila. Dia bilang atau I quote tu urang putih cakap "di mana ada masalah di situ ada peluang". Dalam hati sia waktu, Ko gila ka? (Tapi dalam hati saja lah). Fikir punya fikir betul juga. Selagi sia belum cuba belum tau juga. Bukan rugi apa-apa pun.  

Bah sampai sini dulu, nanti sambung. Faham-faham ja la menulis blog ni. Suka-suka saja untuk sharing :)


Tuesday 8 September 2015

Betul ka ini ah? Rakyat Malaysia tidak komited rancang kewangan.......

UNTIK DIRI SIA SENDIRI JUGA.

PERNAHKAH kita tanya sama diri kita sendiri macam mana kehidupan yang bakal kita dilalui di hari tua? Nanti time kita bersara, mampu kah kita untuk menyara hidup.


Mungkin ramai juga orang yang sudah buat simpanan untuk hari tua. Tapi cukupkah? Soalan serius lagi.....BERAPA SUDAH DI SIMPAN?

Soalan yang betul-betul jarang kena fikir oh kan. Lelaki ka perempuan ka sama saja. Kalau dulu, ada yang menjangkakan anak-anak akan menjaga mereka apabila tua kelak. Odoi dogo.....nda buli pakai sudah tu sekarang. Kalau yang tidak mau menjaga nah...."mondou dino" dai bilang. Ada juga dan ramai yang beranggapan boleh lah mungkin itu pakai duit KWSP. Kalau yang kerja kerajaan, ada pencen.

NAH......MASALAHNYA, 
Sia quote dari akhbar ya :)

Menurut Naib Presiden Pemasaran dan Ketua Segmen Kumpulan Pelanggan Global Citibank Berhad, Timothy Johnson, wang KWSP sebenarnya hanya dapat bertahan selama enam hingga lapan bulan bagi kebanyakan orang, tetapi hakikat itu tidak disedari masyarakat.


Sedangkan selepas bersara pada usia 55 tahun, individu mungkin mempunyai masa kira-kira 20 tahun lagi untuk hidup. Jadi, sekiranya tiada perancangan kewangan kala muda maka akan timbul masalah di kemudian hari.

Persoalan ini berjaya dicungkil hasil soal selidik yang dilakukan Citibank Berhad ke atas 400 responden yang separuh daripadanya wanita.

Jelas Johnson, wanita berusia antara 18 hingga 29 tahun mempunyai kefahaman lebih baik tentang perancangan kewangan berbanding golongan berusia 40 tahun ke atas.

Sebabnya, mereka lebih terdedah dengan isu tersebut daripada Internet, ibu bapa, rakan-rakan dan juga di sekolah.

Masalahnya, mereka ini kurang memberi komitmen terhadap melaksanakan perancangan kewangan tersebut, namun kumpulan ini lebih bahagia dengan kehidupan mereka.

Sedangkan wanita berusia 40 tahun ke atas lebih menunjukkan komitmen dalam merancang kewangan, contohnya 52 peratus daripada mereka sudah membeli rumah dan 62 peratus lagi mempunyai insurans nyawa. Tetapi, hanya 21 peratus sahaja merancang untuk persaraan mereka.

‘‘Apa yang tambah menakutkan, sebanyak 41 peratus daripada wanita dalam kelompok 40 tahun ke atas itu turut mengakui bahawa jika mereka dibuang kerja, wang simpanan yang ada cuma mampu menampung kehidupan mereka setakat tiga bulan sahaja.

‘‘Itu yang membimbangkan. Apatah lagi pada zaman sekarang ini. Jika dibuang kerja, sukar untuk mendapat kerja lain dalam waktu yang singkat, sedangkan wang simpanan hanya dapat bertahan tiga bulan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Justeru kata Johnson, wanita sepatutnya membuat senarai perbelanjaan untuk memastikan kewangan mereka terancang.

Kesalahan yang selalu dilakukan wanita adalah meletakkan perancangan kewangan kepada suami atau pasangan. Atau pun mereka menyimpan untuk semua orang (suami, anak-anak dan keluarga) kecuali diri mereka sendiri.

Sikap itu mungkin disebabkan anggapan bahawa anak-anak akan membantu atau menjaga ibu bapa masing-masing. Bagaimanapun apa yang menghairankan, majoriti wanita yang ditemui tidak mengharapkan anak-anak untuk menjaga mereka apabila tua kelak.

Soal selidik mendapati 70 peratus wanita dalam kumpulan 40 tahun ke atas tidak mengharapkan anak-anak menjaga mereka, namun kelompok usia 18 hingga 29 tahun masih menyatakan ia penting. Bagi golongan muda, mereka perlu menghulurkan bantuan walaupun ibu bapa tidak memerlukannya.

‘‘Sudah menjadi budaya masyarakat Malaysia, membantu ibu bapa adalah satu keperluan. Masalahnya, kita khuatir sikap itu mungkin tidak wujud lagi pada 20 tahun akan datang,” ujar Johnson.

Sebaiknya, mulakan menabung bermula sekarang. Latih diri untuk menyimpan sekurang-kurang 10 peratus daripada wang gaji. Pentingnya, wanita perlu menanam sifat ‘bayar’ diri sendiri dahulu sebelum memandang ke arah lain.

Jelas Johnson lagi, ‘membayar’ diri sendiri bukan bermaksud memanjakan diri dengan membeli-belah atau barangan berjenama, tetapi menyimpan untuk hari tua.

‘‘Dalam merancang, mereka perlu mempunyai bajet. Jangan menunggu sehingga hujung bulan untuk membuat bajet diri, sebaliknya ia boleh dilakukan ketika ini. Apa yang perlu ditekankan adalah perbelanjaan mesti kurang daripada gaji yang diperoleh setiap bulan,” katanya.

Langkah pertama adalah senaraikan perbelanjaan anda setiap hari. Ia bagi memudahkan untuk diri membuat bajet bulanan kerana anda akan mengetahui ke mana wang disalurkan.

Bercakap pula mengenai simpanan hari tua katanya, wanita perlu memikirkan tentang gaya hidup mereka selepas bersara. Sama ada mereka ingin mengekalkan gaya hidup yang sama atau tidak. Bagaimanapun, menyimpan hanya 10 peratus daripada gaji bulanan anda sebenarnya tidak mencukupi untuk mengekalkan kehidupan serupa.

‘‘Apa yang masyarakat tidak sedar adalah nilai wang berubah mengikut tahun. Sebab itu, wanita perlu merancang untuk hari tua mereka.” jelas Johnson.

Andai berasa sukar merancang kewangan yang dilihat rumit, wanita boleh mendapatkan khidmat perancang kewangan untuk membantu.

Unquote.


Bah siou noh panjang ni sharing. Jumpa lagi :)